WELCOME TO PERAK.

WELCOME TO PERAK.
EMAIL: snttperak@gmail.com FB SILVERNET TRAVEL & TOURS (M`SIA ) SDN BHD. BOG: holidaysandleisure.blogspot.com visitperak.blogspot.com. TEL.605-3215680 / 6013-5971831.

Friday 21 October 2011

visitperak.blogspot.com - dari NAJ.

Selamat Datang dan salam perkenalan.

Saya berasal dari Hulu Perak. Dilahirkan di Kg Kuak / Mukim Durian Pipit / Lenggong. Sekolah rendah pertama saya Sekolah Keb. Raban.....Itu adalah sedikit latar belakang saya. Tahun 2012 adalah tahun melawat Perak. Saya mempunyai syarikat perlancongan dan memang menjadi tugas saya untuk memberi info dan membawa pelancong datang ke Negeri Perak . 5 lokasi telah dikenalpasti  dan akan dibangunkan untuk tujuan pelancongan  oleh Perak Tourism i.e Pulau Pangkor / Kuala Kangsar / Taiping / Ipoh dan kawasan Hulu Perak.
Saya telah memilih untuk memperkenalkan  daerah ini kerana........I was born here in 1958!!!!!!!!!.
Tasek Raban Resort sinonim dengan  perusahaan ikan pekasam /masak tempoyak menjadi tarikan pelancong untuk berehat dihujung minggu. Semasa kecil ibu saya selalu berdayung sampan disini dan arwah bapa saya pula menjual ikan yang ditangkap ditasek ini, ( Dulu dulu pun kedua ibubapa saya sudah berniaga....).

Sekarang semua sudah berubah....Lenggong / Tasek Raban / Royal Belum dan kawasan Hulu Perak sudah mencipta nama sebagai lokasi pelancongan Negeri Perak.
Bekerjasama dengan sahabat saya yang masih tinggal di Kg Kuak ( Muhamaad Khairi Harun ) kami akan membawa anda mejelajahi Hulu Perak ini. Terdapat banyak waterfall yang menarik di sekitar kampung disini.
Industri ikan pekasam...jangan cakaplah kerana ini tempat kami.Ikan pekasam disini sudah ternama...kalau dulu ibu saya buat untuk makanan keluarga saja...sekarang dah commercial !!!!!.

Jika anda sukakan kehidupan kampung, sudah tentu lah lokasi in pilihan yang tepat untuk percutian anda. Tasek Raban ( Kuak ) mampu memberi anda ketenangan dan mengembalikan kenangan silam jika anda berasal dari kampung.Aktiviti disini termasuk melawat penempatan orang Asli  suku.orang Temiar. Satu aktiviti yang lasak dan anda berpeluang menikmati kesejukan air terjun di Lata Kekabu. Tasek Raban itu dahulunya adalah perkampungan orang Melayu ( Kampung yang tenggelam oleh air tasek itu).Jika airnya surut anda akan dapat lihat bekas tiang tiang rumah mereka. Sebelum Jambatan Nazrin Shah dibina hanya jalan raya kecil yang ada untuk anda melintas tasek itu Jika terjadinya banjir jalan itu tidak akan kelihatan lagi. Sangat sangat bahawa....tapi penduduk setempat sudah biasa.
Muzeum Archaelogi di Kota Tampan dimana tersimpannya sejarah Perak Man dan kesan sejarah yang lain.Pekan Kota Tampan juga dikelilingi dengan air tasek.Masih banyak kesan semulajadi alam yang boleh anda terokai.
Pengangkutan yang menhubungkan penduduk kampong Kuak untuk ke Lenggong adalah bas ,. Syarikat bas RED AND YELLOW.
Industri ikan pekasam menjadi terkenal didaerah ini. Ikan yang di peram dengan beras yang telah di goreng. Rasanya sedikit masam. Sila lah berkunjung kesini untuk merasa kenikmatannya. Penduduk di sini ramah dan mesra dan sangat berbesar hati apabila menerima pengunjung seperti anda.Kebanyakan penduduk disini mempunyai dusun buah-buahan jadi datanglah terutama musim durian.
Masih banyak yang ingin saya tulis disini....teringat..ternampak..terdengar...segalanya bermain dikotak fikiran saya ....saya menulis dari hati kerana zaman kanak-kanak saya sehingga saya berusia 12 tahun saya dibesarkan disini. Selepas itu saya belajar di Ipoh dan sehingga sekarang saya masih di Ipoh. Saudara mara dan sahabat handai masih ada di Kg Kuak. Jadi kalau anda bercuti disini jaminan saya anda akan dapat yang terbaik.

Sehingga kita bertemu lagi
Ikhlas dari NAJ.

Pakej percutian ;
3H 2M  -   SUKA SUKA ISLAND RETREAT.
3H 2M -    TASEK RABAN RETREAT.
3H 2M  -   TASEK RABAN RETREAT / TEMIARS.
click side bar untuk aturcara.
NOTA; Kebanyakan gambar di blog ini adalah copy and paste. Minta izin pada yang empunya kerana tujuan kita sama untuk promosi kan daerah ini.

Hubungi saya melalui Email; snttperak@gmail.com.
FACEBOOk;  SILVERNET TRAVEL  & TOURS (M`SIA) SDN BHD.
BLOG; 
  • visitperak.blogspot.com.- Info about Perak / Perak Tour.
  • aizanetwork.blogspot.com. - All about baking
  • holidaysandleisure - All about travelling / holidays.
  • nooraiza.blogspot.com  - Minuman kesihatan dan kecantikan FITLINE.
Sehingga saya menulis lagi .
Dari NAJ...KUAK LENGGONG.

No comments:

Post a Comment