WELCOME TO PERAK.

WELCOME TO PERAK.
EMAIL: snttperak@gmail.com FB SILVERNET TRAVEL & TOURS (M`SIA ) SDN BHD. BOG: holidaysandleisure.blogspot.com visitperak.blogspot.com. TEL.605-3215680 / 6013-5971831.

Wednesday 19 October 2011

HULU PERAK - LENGGONG / GERIK / PENGKALAN HULU

GERIK
Gerik terkenal dengan Taman Negeri Diraja Belum yang menjadi ikon eko-pelancongan negeri Perak. Dengan keluasan 219,127 hektar dan anggaran penduduk seramai 69,800 orang, daerah Gerik terbahagi kepada 5 mukim, Gerik, Kerunai, Kenering, Belum dan Temenggor. Pendapatan utama penduduk di kawasan ini ialah pertanian, perladangan, perniagaan, perikanan dan pendidikan.
Keunikan Taman Negeri Diraja Belum dengan pelbagai habitat flora dan fauna yang menakjubkan berhubung kait dengan lagenda asal Belum. Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi enam perkampungan kecil.
Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak telah diisytihar semula sebagai `The Royal Belum’ oleh DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak pada bulan 31 Julai 2003. Ia berkeluasan 117,500 hektar, terletak di Daerah Hulu Perak bersempadan dengan Taman Negara Halabala, Thailand di bahagian utaranya. Kawasan ini hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan air dari Pulau Banding yang mengambil masa sekitar satu jam setengah.
Tasik Temenggor merupakan tasik buatan manusia terbesar di Perak yang terletak lebih kurang 35km ke utara timur Gerik dan meliputi kawasan seluas 15 200 hektar.Pengunjung yang terutamanya pencinta alam akan terpegun dengan keindahan dan kecantikan flora dan faunanya.Disini juga terdapat sebuah perkampungan kecil orang asli.Tasik ini juga amat sesuai kepada mereka yang meminati aktiviti memancing.
Antara tempat-tempat menarik di Gerik ialah:
·        Lata Ulu Lawin
·        Pualau Banding
·        Taman Negeri Diraja Belum
·        Tasik & Empangan Temenggor
·        Kampung-kampung Orang Asli
·        Dataran Kuala Rui
·        Air Beruk
·        Lata Pinang
·        Empangan Pong
·        Batu Hampar
·        Taman Rafflesia Kampung Bongor
·        Dataran Pengkalan Buaya
·        Hutan Simpan Pulau Tali Kail
·        Gunung Kenderong, Kerunai, Chamah, Basah dan Sepat



No comments:

Post a Comment