WELCOME TO PERAK.

WELCOME TO PERAK.
EMAIL: snttperak@gmail.com FB SILVERNET TRAVEL & TOURS (M`SIA ) SDN BHD. BOG: holidaysandleisure.blogspot.com visitperak.blogspot.com. TEL.605-3215680 / 6013-5971831.

Wednesday 19 October 2011

HULU PERAK - LENGGONG / GERIK / PENGKALAN HULU

PENGKALAN HULU
Pengkalan Hulu atau nama lamanya Kroh terkenal dengan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Keindahan flora dan faunanya sememangnya memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat-tempat pelancongan di sini.
Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud ‘denai gajah’ dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.
Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak.
Kini, tinggalan tasik kecil tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
Antara tempat-tempat menarik di Pengkalan Hulu ialah:
·        Bukit Sejuk
·        Dataran Gading
·        Kem Motivasi & Rekreasi Gua Gendang
·        Lata Kasut
·        Kolam Air Panas
·        Lapangan Golf Pengkalan Hulu
·        Lata Sungai Hitam
·        Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic
·        Kelian Intan
·        Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Hulu / Betong

·        .


No comments:

Post a Comment