WELCOME TO PERAK.

WELCOME TO PERAK.
EMAIL: snttperak@gmail.com FB SILVERNET TRAVEL & TOURS (M`SIA ) SDN BHD. BOG: holidaysandleisure.blogspot.com visitperak.blogspot.com. TEL.605-3215680 / 6013-5971831.

Wednesday 19 October 2011

HULU PERAK - LENGGONG / GERIK / PENGKALAN HULU

                                      HULU PERAK  ( Northern Perak )
LENGGONG  - GRIK – PENGKALAN HULU.

LENGGONG
Lenggong terkenal dengan ikan pekasam, Tasik Raban, teh Lenggong, tapak-tapak arkeologi (perak man) dan juga gua-gua yang unik. Dengan keluasan 113,725 hektar dan anggaran bilangan penduduk sebanyak 22,161 orang, daerah Lenggong terbahagi kepada 3 mukim, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit. Pendapatan utama penduduk kawasan ini adalah pertanian dan perikanan. Lenggong terkenal dengan Pusat Ikan Pekasam negara yang terletak di Tasik Raban.
Tasek Raban ini sesuai bagi yang menggemari sukan air. Kawasan dipersekitaran tasik ini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet , taman kanak-kanak, restoran terapung dan pusat khidmat pelancong. Di tasik ini juga sering diadakan sukan air peringkat Negeri Perak sempena Hari Kebangsaan. Di antara acara yang sering diadakan ialah Perlumbaan Perahu Panjang dan Kayak.
Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar – Grik. Keluasan keseluruhan kawasan muzium ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.
Lembah Lenggong mempunyai sejumlah 16 gua, termasuk beberapa yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancong. Sumber berpotensi ini akan menerima sambutan baik terutamanya daripada pelancong yang berminat kepada aktiviti meneroka gua dan sejarah zaman purba. Di antara gua-gua yang berpontensi termasuklah Gua Kajang (dimana terdapat tulisan zaman purba) dan Gua Gunung Runtuh (tempat dijumpai tulang-tulang “Perak Man”). Kota Tampan merupakan satu kawasan tarikan arkeologi di mana tinggalan zaman “Paleolitic” telah dijumpai. Di bahagian utara daerah ini juga terdapat gua batu kapur di Bukit Damar.
Antara tempat-tempat menarik di Lenggong ialah:
·        Tasik Raban
·        Muzium Arkeologi Kota Tampan
·        Lata Kekabu
·        Gua-gua bersejarah
·        Ladang Dragon Fruit

No comments:

Post a Comment