Rumah yang dibina dari bahan bahan yang terpakai - batang kelapa , kayu hutan dan juga batu sungai dan dikelilinggi oleh air sungai.. Sangat mendamaikan. Terdapat tanaman pokok kantan / temu /pucuk kadok /pokok sireh / kunyit / serai dan beberapa tanaman herbal. Jauh sedikit dipendalam masih terdapat pokok getah.Ha......tunggu apa lagi..mari kita pergi menoreh.!!!!!! Terdapat juga perkampungan orang Asli yang di panggil orang Juang.
Sayangnya saya tidak bermalam disana......
- Menu pagi ; Nasi goreng ulam-ulam atau nasi lemak / bihun goreng/ teh atau kopi berserta fruits.
- Menu Tengahari ; Masakan selera kampung dan ikan bakar cicah air asam.
- Menu petang : Kopi.teh dan kueh tempatan.
- Menu malam ; Barbaque.
Untuk menyambut VISIT PERAK 2012..Puan Seri berjanji akan upgrade tempat ini dengan lebih baik lagi dan sekarang beliau sedang menanam kembali bunga-bungaan.
Puan Seri mempunyai visi yang tinggi dan dengan minatnya terhadap alam semula jadi saya yakin beliau akan berjaya menjadikan tempat ini sebagai satu lokasi tarikan pelancung dimasa akan datang.
Disini juga boleh dijadikan lokasi untuk makan tengahari kepada sesiapa yang sukakan suasana nature.
Kalau di Medan mereka mempunyai Simpang Tiga dan diBandung pula ada Kg Daun untuk pengunjung menjamu selera apabila berkunjung kesana yang berkonsepkan lebih kurang serupa. Didalam hutan dan ada air terjun dan berpondok kayu./......so kawan kawan bantu saya untuk jadikan KEBUN ini sebagai destinasi pelancong singgah makan jika mereka berkunjung ke Perak. Lagi bagus kalau mereka menginap sekali.
Mari ikut saya menerokai tempat ini....Contact saya kalau nak ikut...605-3215680 / 6013-5971831.
Nota; Rumah di KEBUN ini untuk disewa. Boleh disewa mengikut pakej beserta makan atau hanya untuk penginapan saja...masak sendiri.Tempat ini selalu dikunjungi oleh Mat Saleh kerana mereka sukakan adventure and nature
KITA BILA LAGI ?????
Sehingga saya menulis lagi.Jaga Diri..
DARI NAJ.....
No comments:
Post a Comment