WELCOME TO PERAK.

WELCOME TO PERAK.
EMAIL: snttperak@gmail.com FB SILVERNET TRAVEL & TOURS (M`SIA ) SDN BHD. BOG: holidaysandleisure.blogspot.com visitperak.blogspot.com. TEL.605-3215680 / 6013-5971831.

Saturday 18 February 2012

RURAL TRANSFORMATION CENTRE -GOPENG PERAK.

18/2/2012. Hari ini Dato Seri NajibPerdana Menteri  telah merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar yang mudah dikenali dengan nama RTC ( RURAL TRANSFORMATION CENTRE ) yang pertama di Malaysia iaitu di Gopeng Perak(.KM 16 Gopeng Perak.)
RTC pertama ini mengambil alih bangunan yang sedia ada yang dikenali sebagai TEMAN ( Terminal Agribisnes Negara.) RTC Gopeng Perak mempunyai keluasan sebesar 8 hektar dan mempunyai bangunan utama yang mampu  menempatkan  peniaga peniaga  dibawah satu bumbung.Satu karnival telah diadakan dari 16-19 Feb. 2012 bersempena dengan perasmian RTC Gopeng Perak.
Saya berkesempatan melawat Karnival  dan   pameran pameran perniagaan beserta informasi bersangkutan dengan setiap bidang
Terdapat perniaga-perniaga kecil dari luar bandar didalam bidang pengeluaran makanan ringan dan juga kraftangan.
Intitusi kewangan / Pejabat Kerajaan / Pusat Kecil Kesihatan / Pusat berbagai Informasi / Institute Pengajian Tinggi / Usahawan telah bergabung usaha untuk menjayakan karnival RTC.

Ada pun penubuhan RTC ini bertujuan untuk membantu penduduk Luar Bandar mendapat kemudahan berserta  bantuan kewangan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka supaya seimbang dengan penduduk bandar..
Saya melihat penubuhan RTC Gopeng ini juga sebagai  satu destinasi pusat pelancungan bagi syarikat pelancungan di Negeri Perak.Dengan adanya berbagai bagai jenis perniagaan dan kemudahan berserta informasi di bawah satu bumbung akan menambahkan lagi satu produk pelancungan Negeri Perak.
Sebagai contoh saya melawat bilik pameran dari Jabatan Penjara Malaysia yang mempamerkan produk hasil kerja banduan seperti ukiran kayu, textile design dan makanan ringan. Pelancung boleh membeli barangan ini di RTC Gopeng Perak.
Pejabat Imigresyen juga ditempatkan disini untuk kemudahan penduduk Luar Bandar dan juga penduduk yang bermastatuin 100 km radius. Institusi kewangan iaitu Bank Simpanan Nasional dan Agro Bank sedia memberi khidmat kewangan. Pinjaman Mikro-kredit akan disalurkan melalui BSN dan pinjaman berkaitan penternakan dan pertanian disalurkan melalui AgroBank.
Ypeim AlRahnu tidak ketinggalan sedia memberi khidmat  kewangan untuk perniaga-perniaga di RTC Gopeng.
RTC mempunyai blok untuk disewa dengan harga yang mampu untuk setiap perniaga. Munkin saya juga akan menyewa satu blok untuk SilverNet Travel & Tours (M`SIA ) Sdn Bhd.

Saya meneruskan lawatan ke Pameran Ternakan. Wow....sangat sangat teruja melihat jenis-jenis lembu baka terbaik di Malaysia yang dibawa khas dari Bacok Kelantan. Saya sempat merakam kan percakapan dari penternak atau pemilik lembu baka ini tetapi rakaman tidak dapat disiarkan kerana masaaah teknikal semasa rakaman. Saekor lembu baka  yang berusia 3 tahun dijual dengan harga RM 12,000-00. Saya termenung sebentar.....hantaran perkahwinan terkini lebih kurang hanya RM 10,000-00 saja.
Peneraju utama disektor pertanian ialah FAMA.Agro bazaar mempunyai perbagai produk keluarab FAMA.
Lawati lah RTC Gopeng Perak untuk mendapat info atau khidmat nasihat dari segi pertanian Mereka sedia membantu.

Di RTC Gopeng Perak juga mempunyai pasar basah dan pasar buah-buahan /pasar sayur-sayuran/pasar ikan dan ayam.Untuk menjamu selera di RTC ada Medan Selera. Surau dan dewan serba guna juga disediakan.

Diakhir kata saya sebagai pemlik Sy. Perlancungan mempunyai pandangan yang positif di atas penubuhan RTC Gopeng Perak dan seterusnya diikuti oleh RTC negeri negeri lain di Malaysia.
Marilah kita gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Taniah kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah merealisasikan idea Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib.
RTC slogan :" Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan"
Untuk menonton YOU TUBE .......search di bawah tajuk RTC GOPENG PERAK.

DARI NAJPUAT
SILVERNET TRAVEL &  TOURS (M`SIA) SDN BHD.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
VISIT MY OTHER BLOG.
  • aizaperak.blogspot.com  - about cake /baking
  • holidaysandleisure.blogspot.com  - about travels and holidays
  • fitline-healthandbeauty.blogspot.com  - MLM- ntritional drinks.
  • nooraiza.blogspot.com  -  personal blog.